Mengapakah Kecekapan Tenaga itu penting?
Barang-barang elektrik yang cekap tenaga.
Setiap barangan elektrik akan dilabelkan dengan 'Label Cekap Tenaga'. Tujuan label ini adalah untuk membantu pengguna membuat pilihan terhadap barang elektrik yang cekap tenaga.
Bintang dalam label ini menunjukkan kecekapan barang elektrik tersebut dalam menjimatkan tenaga.
Kecekapan tenaga yang paling rendah bermula dari satu sehingga kecekapan yang paling tinggi iaitu lima bintang.
Kesan-kesan pembaziran tenaga elektrik.
1. Pembaziran wang untuk membayar bil elektrik.
2. Meningkatkan kadar pemanasan gobal.
3. Meningkatkan kadar pencemaran alam sekitar.
4. Menjejaskan tahap keseimbangan (equilibrium) alam sekitar.
5. Menjadi ikutan anak - anak.
6.Memendekkan lagi jangka hayat peralatan dan sambungan - sambungan elektrik di rumah atau pejabat.
Cara-cara penjimatan tenaga elektrik
1. Matikan lampu dan televisyen atau lain peralatan elektrik apabila tidak menggunakannya. Pada siang hari, apabila di luar terang, buka langsir supaya cahaya matahari menyinari ruang dalam rumah daripada menyalakan lampu.
2. Jangan biarkan tingkap atau pintu luar terbuka apabila penghawa dingin dihidupkan. Ini menyebabkan alat penghawa dingin bekerja kuat dan menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk menyejukkan rumah.
3. Apabila keadaan di luar adalah hari yang panas, jemur baju di luar daripada menggunakan alat pengering.
4. Jangan biarkan air menitik di pili air. Periksa setiap sinki dan bilik air di dalam rumah untuk kebocoran. Kebocoran membazirkan air. Kebocoran pili air panas membazir air dan tenaga.
5. Matikan alat pengering pinggan mangkuk sebaik sebelum kitaran pengeringan dan biarkan udaranya kering.
6. Jangan biarkan pintu peti sejuk terbuka. Fikirkan terlebih dahulu apa yang anda ingin ambil dari peti sejuk.
CONTOH CARA-CARA JIMAT ELEKTRIK

P/S kalau video atas bosan, tengok yang bawah :P

No comments:
Post a Comment